Friday 9 December 2011

PENGENALAN

Permainan bola keranjang dicipta oleh seorang jurulatih pendidikan jasmani bernama Dr. James Naismith pada tahun 1891 dan mula dimainkan di bandar Springfield, Massachusettes, Amerika Syarikat. Bagi menyelaraskan lagi permainan ini Persekutuan Persatuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa (FIBA) telah ditubuhkan pada tahun 1932. Ibu pejabatnya di Munich, Jerman. Pada awalnya, pertubuhan ini hanya dianggotai oleh lapan buah negara sahaja, tetapi kini telah meningkat kepada 160 buah negara. Pada tahun 1936, bola keranjang diterima sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik di Berlin, Jerman. Bola keranjang diterima sebagai salah satu acara sukan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1936 sehingga Olimpik 2008 (Beijing).

Sementara itu, bagi wanita, permainan ini mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1976. Kejohanan bola keranjang yang agak popular ialah seperti Kejohanan Eropah, Kejohanan Amerika Syarikat (NBA) dan Kejohanan Asia. Di samping itu, terdapat juga bola keranjang profesional, khususnya di Amerika Syarikat. Di sana, para pemain dibayar gaji secara kontrak mengikut kepakaran dan kemahiran seseorang pemain tersebut. Michael Jordon adalah antara pemain bola keranjang yang paling terkenal dan menerima bayaran yang paling tinggi.

Permainan ini diperkenalkan di negara kita pada tahun 1929 oleh Inggeris. Hanya beberapa kelab rekreasi di bandar-bandar utama sahaja menerima permainan baru ini. Perkembangan pesat sukan ini terbukti selepas Perang Dunia Ke-2. Pada tahun 1958 MABA (MALAYAN AMATEUR BASKETBALL ASSOCIATION) ditubuhkan dan pertandingan antara negeri bagi merebut Piala Agung dimulakan. Piala Agung Pertama dipertandingkan di Kuala Lumpur pada1958. MABA menjadi ahli FIBA pada tahun 1959.

 
                                                    Sumber: Buku Panduan Pendidikan Sukan - 
                                                                    Bola Keranjang

Pada peringkat sekolah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah menganjurkan Pesta Bola Keranjang Peringkat Kebangsaan yang pertama pada tahun 1967. Penglibatan sekolah di dalam permainan ini kian mendapat perhatian dengan bermulanya Pesta Bola Keranjang MSSM. Permainan bola keranjang menjadi lebih popular dalam kalangan murid-murid sekolah dengan adanya bantuan daripada Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah dan pihak sekolah sendiri.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN
i. Masa Permainan
• Permainan dibahagikan kepada 4 waktu yang mengandungi masa 10 minit
   setiap waktu dengan masa 2 minit rehat antaranya (4 x 10 minit).
• 10 minit rehat antara waktu 2 & 3 sebagai separuh masa perlawanan.
• Penjaga masa akan menghentikan jam permainan:-

  a. Semasa berlaku satu faul.
  b. Dalam satu kejadian “Jump Ball”.
  c. Tamatnya satu waktu permainan.
  d. Permintaan masa berhenti (Time Out).
  e. Satu kecederaan berlaku.
  f. Pengadil mengarahkan jam permainan dihentikan.
• Penjaga masa akan mulakan jam permainan semula:-
  a. Lontaran ke dalam dan bola disentuh oleh salah seorang pemain.
  b. Lontaran percuma terakhir bola.
 
ii. Permulaan Permainan :
• Permainan akan dimulakan dengan 5 orang pemain bagi setiap pasukan.
• Permainan hendaklah dimulakan pengadil dengan “Jump Ball” di bulatan
   tengah.
 
iii. “Jump Ball”
• “Jump Ball” diadakan pada permulaan permainan sahaja dengan pengadil
   melambungkan bola di bulatan tengah.
 
iv. Jaringan Gol :
• Jaringan gol dihasilkan apabila bola hidup (dalam permainan) memasuki
   keranjang.
• Pasukan yang menjaringkan gol mendapat 2 mata, 3 mata bagi jaringan
  gol dalam kawasan 3 mata.
• Pihak lawan akan memulakan permainan dengan lontaran ke
  dalam.
v. Jaringan Bebas :
• Dua atau tiga jaringan bebas diberikan kepada seseorang pemain yang
   telah difaulkan semasa dia hendak menjaringkan gol.
• Setiap jaringan yang berjaya dari jaringan bebas dikira 1 mata.

vi. Bola Keluar :
• Bola dikira keluar apabila ia terkena lantai atau benda-benda lain di luar
  gelanggang.

vii. Lontaran Ke Dalam :
• Seseorang pemain hendaklah membuat lontaran ke dalam dari luar batasan
  di tempat yang ditunjuk oleh pengadil.
• Pemain mempunyai 5 saat untuk membuat lontaran ke dalam.
• Semasa membuat lontaran ke dalam, pemain-pemain lain dilarang
   menyentuh atau melampaui garisan sempadan tepi.
• Pengadil bertanggungjawab menyerahkan bola untuk lontaran ke dalam.

viii. Pemain di luar batasan gelanggang :
• Seseorang pemain dikira keluar batasan gelanggang apabila dia menyentuh
   batasan sama ada di atas atau di luar garisan.
• Bola dikira di luar batasan gelanggang apabila bola itu tersentuh seseorang
   pemain di luar batasan gelanggang.

ix. Penggantian Pemain : Boleh dilakukan oleh jurulatih apabila:
• Satu faul telah berlaku.
• Berlaku “Jump Ball” (Lontaran dalam bergiliran)
• Lontaran ke dalam.
• Masa berhenti (time-out).
• Bila berlaku kecederaan.

x. Peraturan 3 saat
• Seseorang pemain dilarang berada di dalam kawasan larangan pasukan.
• lawannya lebih dari tiga saat bila pasukannya sedang menguasai bola.

xi. Peraturan 5 saat :
• Seseorang pemain yang sedang memegang bola dengan tidak menghantar,
   menjaring gol, mengguling atau menggelecek lebih daripada 5 saat semasa
   dikawal ketat oleh pihak lawan.

xii. Peraturan 8 saat :
• Pasukan sedang menguasai bola tidak boleh mengawal atau menguasai
   bola di kawasan lapang belakang gelanggang lebih daripada 8 saat.

UKURAN 
i. Ukuran Gelanggang Bola Keranjang
 

ii. Ukuran Papan dan Tiang
    a. Papan Bola Keranjang
     • Papan Bola Keranjang mestilah terdiri dari permukaan yang rata.
     • Segi empat kecil berukuran 0.50 m mendatar dan 0.45 menegak adalah
        penting.

    b. Tiang Bola Keranjang
     • Gol Bola Keranjang terdiri dari besi bulatan dan jaring.
     • Ketinggian gol Bola Keranjang ialah 2.60 m

      Sumber: FIBA RULES 2010


PERALATAN DAN PAKAIAN 
i. Bola Latihan/ Pertandingan
      Jenis Bola
      • Kejohanan : kulit/kulit sintetik
      • Latihan : Kulit/Kulit sintetik/getah

ii. Pakaian (Jersi) pertandingan:
• Nombor (depan): sekurang-kurangnya 10 cm tinggi, 2 cm lebar.
• Nombor (belakang): sekurang-kurangnya 20 cm tinggi, 2 cm lebar.
• Nombor jersi pasukan wajib dari nombor 4 hingga 15.
                                                Contoh Jersi Pertandingan


PENGELOLAAN KEJOHANAN / SISTEM PERTANDINGAN

i. Pertandingan Kalah Mati
Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan
terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat sesuai
dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi
kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan
sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur
keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

a. Kelebihan
• Boleh dijalankan dalam masa yang singkat;
• Cepat memilih pemenang;
• Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad;
• Seronok untuk ditonton; dan
• Penyertaan ramai.

b. Kelemahan
• Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar terbaik;
• Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama; dan
• Kemungkinan ada di antara pemain dari pasukan yang kalah langsung
   tiada peluang bermain.

Cara mengira bilangan pasukan atau peserta menunggu (bye). Bilangan menunggu
(bye) dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan menggunakan angka
ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya.

Contoh 7 pasukan yang bertanding. Angka yang lebih dari 7 ialah 8. Maka 8 tolak
7 ialah 1. Cara ini bermakna ada 1 pasukan menunggu (bye). Carta untuk sistem
kalah mati ialah seperti berikut:
                                          Contoh jadual pertandingan kalah mati

ii. Pertandingan Liga
Merupakan satu-satunya pertandingan yang sesuai dijalankan sekiranya
pertandingan itu bertujuan memilih pasukan yang terbaik. Perkara-pekara
yang perlu diambil perhatian :
• Masa yang mencukupi;
• Kewangan yang ada;
• Bilangan pengadil; dan
• Kemudahan dan peralatan yang ada.
Pertandingan boleh dijalankan dalam
• Liga satu pusingan; dan
• Liga berkumpulan;

Carta Keputusan Pertandingan
                                    Contoh Carta Keputusan Pertandingan 
                                                Liga Satu Pusingan
Kumpulan A

Kumpulan B
                                      Contoh Carta Keputusan Pertandingan 
                                                   Liga Berkumpulan





No comments:

Post a Comment